suria

Ramai terpesona rambut ‘kepuk-kepuk’ Da’i Syed... rupa-rupanya selalu bungkus dengan tuala lepas mandi

Penampilan Syed Shah Iqmal berambut panjang kini menjadi perhatian netizen.

SEJAK kembali aktif di media sosial, pendakwah muda Da'i Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful terus menjadi tumpuan netizen.

Tapi tumpuan itu bukanlah membabitkan kes jenayah seksual yang dihadapinya, sebaliknya penampilan berambut panjang mengurai.

Rata-rata memuji jejaka berusia 26 tahun itu kerana pandai menguruskan rambut agar kelihatan sihat dan cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan syaitan atau malaikat!” - Da’i Syed lalui fasa tekanan, rasa ‘down’ baca komen netizen

Berkongsi rahsia penjagaan rambut kepada mStar, Syed Shah Iqmal yang baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Ya Habib berkata dia tidak menggunakan pengering rambut selepas mandi.

"Saya ni bukan orang yang suka guna pengering rambut selepas mandi... saya tak macam tu.



Da'i Syed baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Ya Habib.

"Saya bungkuskan rambut dengan tuala selama kira-kira satu jam setengah sambil tengok TV atau saya makan, saya bungkus la.

"Tak kira siang atau malam, asalkan selepas mandi saya akan bungkus dengan tuala biar kering sendiri. Kalau guna hairdryer ia boleh merosakkan rambut anda," katanya kepada mStar.

Pada Khamis mStar menerusi aplikasi TikTok berkongsi rakaman video yang dirakam secara candid ketika Syed Shah Iqmal membelai-belai rambutnya sebelum sesi sidang media.

Memang saya jenis suka menjaga rambut, pakai shampoo macam biasa je.

DA'I SYED

PENDAKWAH

Video berkenaan mengundang pelbagai komen yang antaranya melahirkan rasa cemburu dengan 'mahkota' pendakwah berkenaan.

Malah ada antara mereka turut meminta tip bagaimana untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat seperti itu.



Da'i Syed berkongsi tip penjagaan rambut agar kekal sihat dan cantik.

Sementara itu Syed Shah Iqmal ketika ditanya mengenai produk yang digunakan bagi penjagaan rambut, dia berkata hanya mengamalkan syampu biasa.

"Sebenarnya saya ni tak pakai produk (istimewa) apa pun. Memang saya jenis suka menjaga rambut, pakai shampoo macam biasa je," katanya ringkas.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Dia mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadapnya.

TONTON VIDEO PILIHAN

Artikel Berkaitan

Artikel Lain