suria

Ayda Jebat dan Nabil Mahir tak impi majlis besar-besaran, hanya nikah di masjid - “Asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar”

Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan di sebuah masjid pada 1 Januari depan.

MENGHITUNG hari menantikan hari bahagia, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui semakin gementar untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak pernah menyesali keputusan untuk berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok tunang sakit kaki, Nabil Mahir dipuji ‘gentleman’ bagi kasut kepada Ayda Jebat - “Lelaki kata, bukan takut bini tapi sayang bini”

"Alhamdulillah... semua persiapan berjalan dengan lancar tapi semakin nak dekat kahwin, ada sahaja kerja. Apa-apa pun, saya memang tak sabar dan rasa teruja.

Ayda tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dengan Nabil.

"Tak pernah pun rasa ragu-ragu sebab saya memang yakin dengan keputusan untuk berkahwin. Nak cakap soal bersedia galas tanggungjawab sebagai isteri itu, memang kena bersedia juga.

"Nak kata kita dapat laksanakan tanggungjawab itu dengan baik atau terbaik... masih tak tahu lagi sebab saya tak pernah lagi jadi isteri orang.

"Cuma, saya harap kalau ada perkara yang saya atau Nabil tak tahu, nanti ada ahli keluarga atau ibu boleh nasihatkan kami untuk jadi terbaik," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Temberang itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, pada Khamis.

Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan.

AYDA JEBAT

PENYANYI & PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran namun berharap hari bahagiannya dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Ayda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid yang hanya dihadiri kurang daripada 50 orang manakala masih belum mendapatkan lokasi untuk resepsi.

"Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan. Jadi, bila berlaku Covid ini tak boleh ada majlis besar-besaran... saya tak rasa terkilan.

Ayda dan Nabil masih belum tetapkan tarikh dan lokasi untuk majlis resepsi mereka.

"Mungkin ada orang impikan nak buat majlis besar-besaran tapi terpaksa bersederhana. Tapi bagi saya, tak apa walaupun majlis kecil asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar.

"Kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja di sebuah masjid yang hanya untuk tidak lebih 50 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan rapat.

"Manakala majlis resepsi, kalau ikutkan saya nak buat bulan Februari tetapi lokasi yang kami nak itu penuh. Tengok macam mana nanti, kalau tak boleh mungkin buat tempat lain," ujarnya.

Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain