suria

Sara Ali terkesima jumpa M Nasir depan mata - “Tuhan saja tahu perasaan aku sebenarnya tapi aku kept it cool”

Sara Ali tidak sangka dapat bertemu dengan M Nasir.

PELAKON Sara Ali berkongsi detik pertama kali bertemu dengan penyanyi legenda iaitu Datuk M Nasir ketika menghadiri perjumpaan untuk sebuah projek baru-baru ini

Menurut Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, dia tidak menyangkakan individu yang ditegurnya itu adalah M Nasir memandangkan penyanyi itu memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali jadi pengkritik K-drama, puji It's Okay To Not Be Okay - “Tapi The King: Eternal Monarch jauh lebih teruk!”

Biarpun dalam keadaan terkejut, pelakon berusia 30 tahun ini tetap mahu kelihatan tenang di hadapan M Nasir.



Sara berkongsi foto bersama M Nasir di laman Instagram miliknya.

"Masa tengah duduk menunggu siapa pelakon lain datang, hadirlah seorang saudara ini dengan mask dekat muka dia. Aku pun, macam biasalah dengan mask, nampak saudara ini aku tegurlah.

"Tanya khabar sambil senyum disebalik mask itu. Bukannya dia nampak pun. Saudara tersebut pun hi balik dekat aku. Waktu dia buka mask... aku terkejut.

"Aku pandang dia lama dan baru bertanya 'M Nasir ke?'. (Dengan muka aku yang agak terkesima di sebalik mask). Waktu tu, Tuhan saja tahu perasan aku sebenarnya tapi aku kept it cool," katanya.

Yela, at the end of the day walaupun dia superstar atau legend, aku pun artist juga, aku kena cool.

SARA ALI

PELAKON

Pelakon filem Songlap itu berkongsi momen tersebut dengan memuat naik foto bersama M Nasir di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata netizen turut terhibur membaca kapsyen Sara yang kelihatan sangat teruja dapat bertemu dengan penyanyi lagu Mentera Semerah Padi itu.

Dalam pada itu, Sara mengakui biarpun tidak pasti dengan tindakannya namun dia tetap sanggup 'menebal muka' meminta untuk bergambar bersama M Nasir.



Walaupun berasa teruja namun Sara tetap mahu kelihatan tenang di hadapan M Nasir.

"Dengan tanpa segan silunya tapi masih cool ya guys... aku ajukan soalan pertama aku. 'Nak ambil gambar boleh?'. Ya, aku tahu aku tak patut... tapi dia M Nasir kot!

"He was cool dan layan aku. Habis saja ambil gambar, aku kept it profesional. Yela, at the end of the day walaupun dia superstar atau legend, aku pun artist juga, aku kena cool.

"Selesai meeting, aku chow dengan rendah dirinya. Bagi salam dan gerak... sampai ke kereta aku terus nyanyi. Tak terkata," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain