suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing kesayangan Rose terima hadiah beg jenama mewah bernilai RM13,200 sempena Krismas

Anjing Rose dapat hadiah beg berjenama mewah.

BERUNTUNGNYA anjing peliharaan Rose (Blackpink) yang diberi nama Hank kerana menerima hadiah berupa sebuah beg pembawa haiwan (pet carrier bag) dan bekas makanan daripada sebuah jenama antarabangsa.

Menurut laporan WowKeren, beg haiwan dan bekas makanan itu merupakan hadiah untuk anjing tersebut sempena sambutan hari natal tahun ini.

Lebih mengujakan peminat, beg mewah itu dikatakan bernilai ribuan ringgit dan dibuat secara eksklusif untuk anjing peliharaan Rose.

Menerusi Instastory, Rose memuat naik foto ucapan terima kasih kepada Yves Saint Laurent di atas pemberian hadiah istimewa itu.

Netizen buat carian harga beg dan bekas makanan yang diberi kepada anjing Rose.

"Terima kasih Anthony dan Saint Laurent. Selamat hari natal untuk kamu juga, Hank" tulisnya.

Hasil carian di laman web jenama tersebut mendapati beg itu bernilai RM13,200 dan bekas makanan pula berharga RM2800.

Rose merupakan duta untuk jenama berkenaan.

Pada 10 Disember lalu, Rose memperkenalkan seekor anak anjing diberi nama Hank menerusi Instastory dan mewujudkan satu akaun Instagram untuk haiwan kesayangannya itu.

Kata Rose, dia memelihara anjing berwarna putih dan coklat itu sejak 2 Disember lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain