Tiga bulan berkurung, Nelydia Senrose seronok dapat berlakon semula - “Banyak benda nak kena polish sebab dah selesa duduk rumah”

Nelydia seronok dapat meneruskan kembali kerja setelah tiga bulan berehat di rumah kerana PKP.

TIGA bulan berkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya pelakon Nelydia Senrose dapat menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali semula ke set penggambaran bermula awal Julai lalu.

Mengakui perlu membiasakan diri dengan norma baharu, Nelydia atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkata dia tidak terbeban dengan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan itu.

Malah, dia tiada masalah jika SOP tersebut terus digunapakai sehingga hujung tahun ini demi membendung penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ambil duit kerja tak buat, Nelydia Senrose berdepan tuntutan ganti rugi RM160,000 langgar kontrak promosi produk

"Tiga bulan berehat kerana PKP memang tak buat apalah... awal bulan ini baru mula penggambaran drama untuk slot Akasia (TV3) yang akan bersiaran November ini.

"Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja semula, banyak benda nak kena polish sebabnya dah selesa duduk rumah, jadi kekok sikit tapi dalam masa sama rasa teruja.

Nelydia seronok dapat berlakon semula.

"Berlakon dalam norma baharu ini mungkin berbeza sedikit tapi saya tak rasa terbeban sebab ini semua untuk kebaikan kita dan kalau ia berlanjutan sehingga hujung tahun ini pun saya okay sahaja," katanya kepada mStar.

Meskipun sudah dibenarkan bekerja semula, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini berkata dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih bimbang dengan bahaya jangkitan virus tersebut.

"Dimana pun kita berada, saya tetap jaga SOP! Saya berpegang pada prinsip 'kita jaga kita', apa yang ditetapkan ini adalah untuk kebaikan kita semua. Kalau kita tak ikut maknanya kita tak jaga diri sendiri.

Nelydia bersama suaminya Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

"Dalam keadaan sekarang ini memang wajar kerajaan tetapkan SOP untuk penggiat seni dan ia sama sekali tidak menyusahkan kami kerana yang paling penting kita dapat bekerja semula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nelydia memaklumkan perniagaan aksesori miliknya iaitu Nelydia Jewels semakin mendapat sambutan pembeli.

Katanya, reaksi positif pelanggan membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjalankan perniagaan itu.

"Sepanjang PKP walaupun tak boleh berlakon tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Alhamdulillah sambutan baik dan syukur ramai yang memberikan sokongan.

"Seronok apabila terima maklum balas pembeli yang berpuas hati. Ini semua membuatkan saya lebih bersemangat untuk menerokai bidang perniagaan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nelydia Senrose

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik