suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembunyikan gangguan mental sejak remaja, Fadlan Hazim baru terfikir cari bantuan - “Betapa bodohnya saya...”

Fadlan berharap peminat mendoakan keadaan dirinya.

GANGGUAN mental menjadi penyakit yang semakin serius dalam kalangan anak muda, malah golongan selebriti antara yang mudah terdedah dengan masalah itu.

Pelakon Fadzlan Hazim atau nama sebenarnya Fadzlan Hazim Anuwar, 28, mendedahkan dirinya mengalami gangguan mental sejak zaman remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

Bagaimanapun, pelakon filem Sangkar ini berkata, dia tidak mendapatkan bantuan kerana menganggap keadaan dirinya baik-baik sahaja.



Fadlan membuat pendedahan itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Saya menyembunyikan gangguan mental saya (mental disorder) dan mengelak untuk mencari pertolongan daripada pakar sejak di usia remaja lagi.

"Saya fikir yang saya baik-baik saja, tapi betapa bodohnya saya! Sekarang dah tiba masanya. Doakan yang terbaik untuk saya," kata Fadlan menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Sementara itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada peminat yang mendoakan agar aktor itu terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.



Netizen mendoakan agar Fadlan terus kuat.

"Sentiasa kena kuat... Ingat Allah ada sentiasa dengan kita. Doa kami dan doa untuk awak juga.

"Sentiasa bersama orang-orang yang positif, aktif melakukan aktiviti riadah bila tiada shooting. Insya-Allah awak boleh lakukan! Fadlan ada semuanya, maka terus bersemangat ya!

"Semoga dipermudahkan segala urusan Fadlan dan selalu dalam lindungan Allah SWT," komen beberapa netizen di laman sosial miliknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fadlan Hazim, gangguan mental,

Artikel Lain