suria

Tahniah! Emma Maembong kini hamil, tayang ‘baby bump’ di tepi pantai - “Bulan madu pertama, percutian akhir berdua...”

Emma dan suaminya, Shazli teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh suami Emma cium Chacha Maembong, tak tahu hukum halal haram - “Bab faraid pun tak selesai lagi, dah keluar batas aurat pula!”

"Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya," kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan kandungannya yang kini mencecah empat bulan.



Emma berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.

Usia kandungan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu kini sudah memasuki empat bulan dan dijangka akan bersalin pada November depan.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti bersama suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose di Langkawi, Kedah.



Suami Emma, Shazli turut berkongsi foto memperlihatkan baby bump isterinya.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.

Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

"Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua.

"Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua," kata Aprena.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain