suria

“Rezeki Allah tak pernah sekali gawat” - Fizo Omar beri kata semangat kepada orang ramai yang terjejas akibat Covid-19

Fizo Omar berharap semua orang bertabah dan kuat menghadapi dugaan dalam situasi Covid-19.

KRISIS penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga kini memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dunia.

Pelakon Fizo Omar berharap orang ramai kuat dalam menghadapi dugaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan” - Maruah Fizo dan keluarga tercalar difitnah minta bantuan kerajaan

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar, 35, percaya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.



Fizo berkongsi kata-kata semangat di Instagramnya.

"Teruskan berjuang! Be strong ya kepada semua yang mungkin agak terkesan diatas pandemik Covid-19 ini. Ekonomi gawat sedang melanda dunia.

"Tapi percayalah rezeki Allah tidak pernah sekali gawat. Akan hadirnya pelangi setelah hujan. Yakinlah dengan perancangan yang maha hebat sebaik-baik perancang.

"Usah melihat apa yang kurang, pandanglah apa yg masih ada dan dengan sendirinya wujud rasa bersyukur. Rasa bersyukur adalah salah satu kunci yang akan membuka pintu rezeki.

Yakinlah dengan perancangan yang maha hebat sebaik-baik perancang.

FIZO OMAR

PELAKON

"Berhenti mengeluh dan risau! Move forward dan tawakkal kepada Allah!" kata Fizo.

Pelakon drama bersiri Maaf Tak Indah itu memberi kata-kata semangat itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan perlaksanaan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu dan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun depan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fizo dan mendoakan agar penularan wabak tersebut berakhir dengan cepat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fizo Omar, Covid-19, PKP, PKPB,

Artikel Lain