suria

Issey lega isteri ditukarkan ke Kuala Lumpur... tapi sedih anak-anak terpaksa beraya di Kelantan

Issey dan isteri terpaksa meraikan Aidilfitri berjauhan dengan anak-anak kerana PKP.

SELEPAS beberapa bulan menjalinkan hubungan jarak jauh, akhirnya penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham menarik nafas lega apabila isterinya dibenarkan menukar lokasi kerja di ibu negara.

Issey berkata kehadiran isteri itu dapat mengubat kesunyiannya dan sekaligus dapat memanfaatkan peluang itu dengan melakukan ibadah bersama sepanjang bulan Ramadan ini.

"Alhamdulillah rasa seronok bila isteri dapat bekerja di Kuala Lumpur, jadi banyak kerja-kerja menjadi mudah, dah tak risau bab makan minum sebab macam dulu kita berasingan memang susahlah sebab saya kena masak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpisah jauh kerana PKP... Issey buat 'video call' tanya khabar isteri, anak-anak - “Belajar memasak pun guna VC!”

"Di bulan Ramadan ini juga saya dapat mengambil peluang untuk melakukan ibadah bersama-sama dengan isteri.

"Sejujurnya, saya ni tak berapa pandai fasal agama, jadi sedikit sebanyak isteri yang menolong, dia yang ajar mengaji dan kita juga dapat melakukan solat tarawih secara berjemaah.

Issey seronok isteri dibenarkan bertugas di Kuala Lumpur.

"Ada rasa sedih juga sebab berjauhan dengan anak-anak dan emosi isteri agak terganggu juga sebab rindukan anak setiap hari, tapi nak buat macam mana.

"Memandangkan anak-anak di Kelantan, jadi mak mertua yang banyak membantu memantau mereka. Syukur ada mak mentua yang dapat tolong, terima kasih!," katanya kepada mStar.

Issey berkahwin dengan Noor Aimi Jamel pada 22 Disember tahun lalu dan memiliki tiga orang anak tiri.



Issey dan isteri terpaksa raya berjauhan dengan anak-anak.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfiri tidak lama lagi, Issey berkata dia dan isteri terpaksa berjauhan dengan anak-anak kerana akur dengan arahan kerajaan mengenai larangan perjalanan rentas negeri.

"Raya ini sangat terasa sebab Aimi tak pernah tak beraya dengan anak dan saya pula kali pertama nak rasa beraya bersama anak-anak tapi tak dapat disempurnakan. Jadi kita gunakanlah teknologi dengan membuat panggilan video sahaja.

"Kalau kita pulang risiko itu ada dan bimbang bahaya penularan Covid-19, jadi kita ikut sahaja saranan kerajaan dan kena bersabar.

"Apabila semuanya dah okay, InsyaAllah kita semua kembali seperti sedia kala. Apa yang penting sekarang ialah kita sama-sama berdoa kerana kuasa doa itu yang penting," ujarnya.

Issey Fazlisham, Suria FM

Artikel Lain