suria

“Kalau nak mengutuk akak sebut Paejah saja, bukan Elai!” - Niat nak menegur tapi netizen samakan wajah bapa Faezah Elai dengan Yusry KRU

Netizen komen wajah bapa Faezah sama seperti Yusry KRU.

PELAKON Faezah Elai menegur tindakan netizen yang menggunakan nama bapanya iaitu Elai ketika meninggalkan komen negatif di laman sosial miliknya.

Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia menyedari ada netizen yang mengutuk dirinya namun individu tersebut menggunakan panggilan 'si Elai'.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hanya perlukan hijab untuk kelihatan seperti Jessica Alba, bukan LV, Prada atau Fendi” - Faezah Elai ‘ajar’ netizen cara berfesyen mengikut Islam

Menurut Faezah, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang ingin mengecamnya namun tidak perlu melibatkan bapanya yang tiada kena mengena dengan hal tersebut.

Elai tak ada kena mengena dalam hal yang ampa tak puas hati sangat itu.

FAEZAH ELAI

PELAKON

"Nak habaq (beritahu) kat ampa, nama akak Noorfaezah dan Elai adalah nama bapa saya. Jadi, kalau ampa nak mengutuk akak, sebut Paejah saja la. Bukan Elai.

"Kesian pak akak tercekik ampa duk sebut nama dia... Sebab baru ini ada ternampak haters duk mengutuk akak tapi dia tulis si Elai. Nak kutuk akak itu lantak kat hang la.

"Cuma nak kutuk tu biarlah orang yang betul. Elai tak ada kena mengena dalam hal yang ampa tak puas hati sangat itu. Jadi, faham ya," kata Faezah.

Isteri kepada pengarah terkenal Heykal Hanifah itu turut memuat naik foto gambar bapanya kepada umum di Instagramnya.

Netizen samakan wajah bapa Faezah dengan Yusry.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan wajah bapa Faezah dengan anggota kumpulan KRU dan suami kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Yusry Abdul Halim ketika zaman muda.

"Aku ingatkan tadi Yusry KRU zaman budak.

"Ingatkan Yusry KRU punya gambar throwback.

"Pasai apa hang muat naik gambar Yusry KRU ini. Marah Lisa Surihani nanti," komen beberapa orang netizen.

Faezah Elai, Yusry KRU, Lisa Surihani


Artikel Berkaitan

Artikel Lain