suria

“It's cool tapi bukan saya yang buat!” - Ucapan bapa ‘Ke Sana Ke Sini’ jadi lagu, Najwa Mahiaddin kata rakyat Malaysia kreatif

Netizen sangka lagu remix Ke Sana Ke Sini hasil ciptaan anak PM iaitu Najwa atau NJWA.

LAGU remix Ke Sana Ke Sini yang menggunakan ayat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di salah satu sidang medianya kini menjadi tular di laman sosial sehingga turut mendapat perhatian beliau.

Pada mulanya netizen membuat andaian mengatakan lagu remix tersebut merupakan ciptaan anak perdana menteri iaitu Najwa Mahiaddin atau NJWA, bagaimanapun penyanyi itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: NJWA pinjam semangat bapa bawa muzik tradisional ke peringkat antarabangsa

Menerusi laman Instastory Najwa, 34, memperkenalkan akaun Instagram pencipta sebenar lagu tersebut iaitu Bassagents_my.

Najwa tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Shout out to these guy who did the remix @bassagents_my. Bukan saya," tulisnya ringkas bagi menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen.

Ayat Ke Sana Ke Sini itu diambil dari salah satu perutusan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di salah satu sidang media mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Mac lalu.

Remix tersebut berjaya mencuri perhatian ramai sehinggakan ada yang menggunakannya dengan memuat naik video sedang menari shuffle.

Najwa adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Najwa menerusi video temu bual bersama penyampai radio Era iaitu Haniff Hamzah, Ray dan Johan dalam segmen JoHaRa Pagi Era mengakui lagu tersebut dicipta dengan kreatif.

"I think it's cool. Sebelum itu pun ada banyak di Instagram saya nampak ada orang buat remix. So, kreatiflah.

"Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia walaupun situasi macam ni, kita duduk rumah, ada banyak karya yang keluar," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain