Asyraf Khalid kesal tanggapan tumpang pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza - “Tak guna kabel atau minta bantuan ayah!”

Ada segelintir pihak mendakwa kejayaan Asyaf dan isteri disebabkan pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza.

SIAPA tak marah segala usaha titik peluh bertahun-tahun dalam perniagaan jamu Mutyara Beauty bersama isteri dituduh hanya bergantung kepada pengaruh bapa dan ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Suami kepada pelakon Indonesia Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid mengakui terkilan dan berang dengan pandangan orang luar yang menganggap kejayaan yang dikecapinya kini diperolehi dengan jalan pintas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin lupa bila kali terakhir berlakon kerana sibuk urus keluarga dan bisnes - “Alhamdulillah... kehidupan saya sudah sempurna”

Anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) ini berasa tidak adil jika tanggapan itu berterusan.

Asyraf Khalid.

"Hati siapa yang tak terguris kalau asyik terima pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Kadang-kadang rasa macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

"Jujur saya tak boleh menafikan perasaan bengang, jelak dan marah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

"Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa," katanya.

Asyraf berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan bersama isterinya pada 20 April.

Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih kala ini.

ASYRAF KHALID

USAHAWAN

Selain Mutyara, Asyraf juga mengeluarkan beberapa produk makanan kesihatan lain.

Dalam pada itu, Asyraf gembira kerana diberi ruang merasai kemanisan dalam dunia perniagaan.

Tegasnya dia menceburi dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

"Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagi yang saya cuba. Saya serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

Asyraf bersyukur ada isteri yang sentiasa memberi sokongan.

"Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk dapatkan apa yang diraih ketika ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

"Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

"Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya," ujarnya.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf, 3 dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia satu tahun. 

Artikel Berkaitan

Artikel Lain