suria

Fiza Halim tegur golongan ibu main TikTok - “Zaman sekarang mak-mak dah jadi tak tahu malu!”

Fiza pertikaikan tindakan generasi sekarang gemar bermain TikTok.

APLIKASI TikTok kini menjadi pilihan ramai tidak kira generasi muda ataupun yang sudah berusia untuk berhibur serta menyerlahkan kreativiti mereka.

Bagaimanapun, pelakon Fiza Abdul Halim berpendapat aplikasi tersebut memberi tanggapan negatif terutama kepada wanita yang sudah bergelar ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang sikap netizen, Fiza Halim muat naik foto tidak berhijab “Aku bukan orang baik, aku tak suka hipokrit!”

Fiza turut menyifatkan golongan itu sebagai tidak tahu malu melakukan perkara tidak berfaedah itu.

"Bertiktok apa la, dah tua, sudah beranak-pinak bagai... orang dulu-dulu mana ada macam zaman sekarang ini? Zaman datuk, nenek kita, zaman mak kita dulu, semuanya pemalu.

Fiza berkongsi video pencerahan mengenai hukum bermain TikTok daripada penceramah bebas, Aisyah.

"Zaman kita sekarang, mak-mak dah jadi tak tahu malu. Apalah nak jadi dengan dunia sekarang. Patutlah dunia kena macam-macam virus," tulisnya di Instagram pada Isnin.

Fiza turut memuat naik video pencerahan mengenai hukum bermain TikTok daripada seorang penceramah bebas dan instafamous yang dikenali sebagai Aisyah Hijanah di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian tersebut Aishah berkata kandungan video dikongsikan itu akan menentukan samaada perbuatan seseorang itu haram atau tidak.

Aishah juga berharap semua wanita muslim dapat menjaga maruah diri terutama yang sudah bergelar isteri dan ibu.

Bertiktok apa la, dah tua, dah beranak-pinak bagai... orang dulu-dulu mana ada macam zaman sekarang ini? 

FIZA ABDUL HALIM

PELAKON

"Generasi kita sekarang diajar bukan untuk menjaga diri tapi menjual maruah diri secara percuma kepada orang lain. Tunjuk dada, tunjuk punggung, siapa yang tak nak tengok dada dan punggung perempuan.

"Content apa yang ditunjukkan kepada orang , benda itu yang menyebabkan TikTok haram. Kita tak suka orang hina agama kita tapi kita yang menjemput orang untuk hina agama kita. Kalau kita tengok TikTok dekat Malaysia banyak content yang menari.

"Tapi sebenarnya TikTok ni banyak saja orang share benda elok contohnya memasak, berniaga dan solekan. Kalau kita post content yang haram, maka kita pun tahu apa hukumnya.

"Tapi kalau kita post content yg baik, pahala maka InsyaAllah itulah saham di Akhirat nanti. Pendek kata, jagalah maruah kita sebagai seorang wanita, ibu dan isteri ya. Adalah perasaan malu tu sikit," katanya.

Fiza Halim, Aisyah Hijanah, TikTok

Artikel Lain