suria

Syamsul Yusof beri amaran individu menyamar suaranya di Bigo - “Saya penat nak saman orang turun naik mahkamah”

Syamsul akan mengambil tindakan undang-undang jika individu tersebut enggan memadam akaun Bigo.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof berang apabila mengetahui ada individu tidak bertanggungjawab menyamar menjadi suaranya di aplikasi laman Bigo.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, turut menegaskan dia tidak pernah mempunyai akaun Bigo dan Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasuke Kun didenda RM100,000 sebar ‘Munafik 2’, Syamsul bagi amaran ramai lagi bakal kena

Anak kepada pengarah Yusof Haslam ini memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadam akaun palsu itu sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

"Ada mamat menyamar jadi suara saya dalam Bigo. Saya tiada langsung akaun Bigo dan juga FB, jadi yang ada semua itu akaun palsu menyamar jadi saya.

Syamsul memberi amaran kepada individu tersebut di Instagramnya.

"Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo itu cepat. Sebab saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ini. Jadi, tolong jangan paksa. Padam sekarang," katanya.

Pelakon dan pengarah filem Munafik 2 ini memuat naik status memberi amaran terhadap individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen juga menyedari perkara itu berlaku di aplikasi tersebut dan mengatakan individu itu tidak pernah menayangkan wajahnya ketika membuat video live.

Malah, ada segelintir netizen juga meminta Syamsul untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawb itu.

"Saman saja abang @syamsulyusoffilm beritahu banyak kali pun bukan diorang nak faham sangat pun. Saja nak pekakkan telinga... emosi pula kita ni.

Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo itu cepat.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH DAN PELAKON

"Pernah dengar... Sepupu ada Bigo. Memang sebiji, rasanya suara dia kut. Sebab ada tanya, Syamsul ke? Dia cakap bukan.

"Aah betul-betul dia buat suara itu. Cuma kalau dia live, dia tak tunjuk muka. Cuma suara saja sama," komen beberapa netizen di laman sosialnya.

Sekitar tahun 2018, Syamsul mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkaitan penyebaran filem Munafik 2 secara haram di laman sosial.

Berikutan itu,  kes tersebut berpihak Skop Productions Sdn Bhd menyebabkan individu tersebut diminta membayar ganti rugi berjumlah RM100,000 selain ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi.

Syamsul Yusof, Bigo, Facebook

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak