“Saya sudah lama hidup susah, tak pernah pun minta bantuan khusus” - Mohd (Mentor) selesa jadi pemandu Grab kalau tiada ‘show’

Mohd tidak terdesak ingin mohon bantuan daripada kerajaan.

BIARPUN bergelar seorang artis dan pendapatannya terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Mohd (Mentor) tidak terdesak memohon bantuan khas daripada kerajaan.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 32, berkata dia masih mampu untuk mengerahkan tenaganya mencari rezeki untuk keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong faham dan jangan gaduh-gaduh, benda simple saja” - Shuib rayu netizen ‘hadam’ permintaan golongan selebriti

Mohd berpendapat ramai lagi rakyat yang kurang bernasib baik dan hilang sumber pendapatan memerlukan bantuan tersebut.

Perkongsian Mohd di Instagram.

"Saya ini artis tetapi tidak meminta-minta bantuan dekat kerajaan kerana saya sedar ada orang lebih layak lagi memerlukan bantuan.

"Kehidupan ini tidak selalunya indah, sebab itu saya terus berusaha mencari rezeki untuk keluarga kerana saya masih mampu lagi dan kuat," tulis Mohd di laman sosialnya.

Sebelum ini, kecoh apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu.

Isu tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Saya sudah lama hidup susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta bantuan khusus.

MOHD MENTOR

PENYANYI

Dalam pada itu, juara program Mentor musim ke-4 ini mendedahkan dia akan melakukan pelbagai pekerjaan seperti memandu Grab jika tiada tawaran dalam bidang nyanyian.

"Apabila tiada job untuk show, saya akan buat e-hailing seperti Grab, Mycar dan sebagainya. Saya tak malu pun bawa Grab sebab rezeki itu ada di mana-mana... yang penting usaha.

"Seronok bawa e-hailing ni jumpa macam-macam orang. Kalau ada penumpang nak saya menyanyikan lagu boleh je yang penting anda terhibur dan sampai ke destinasi yang hendak dituju," katanya.

Mohd turut menjelaskan bahawa dia sudah menjalani kehidupan yang susah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

Mohd bersama isteri dan anaknya.

"Hidup ini jangan sombong, tak rugi pun rendah diri kerana kehidupan ini ibarat roda yang berpusing, kadang di atas kadang di bawah.

"Arwah abah saya pernah pesan, kalau tak boleh memberi jangan la kita meminta-minta... cuba berusaha dulu inshaAllah akan dipermudahkan.

"Saya sudah lama hidup susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta bantuan khusus," ujarnya.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain