Haqiem Rusli nak berdakwah - “Dah terlalu banyak cipta lagu cinta, kali ini nak beri nasihat kepada masyarakat”

Haqiem mahu muziknya nampak lebih matang selepas ini.

PENYANYI dan komposer muda Haqiem Rusli berkata sudah tiba masanya untuk dia menampilkan kematangan dalam menghasilkan sesebuah karya pada masa depan.

Kata Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 22, dia mahu mencipta lagu-lagu berunsur nasihat bagi memberi manfaat kepada pendengar selain menyampaikan aura positif kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas isu murung saya fikir karier saya sudah berakhir” - Haqiem Rusli kini lebih matang berdepan kontroversi

"Sebenarnya saya dah terlalu banyak cipta lagu cinta. Jadi, kali ini nak kearah yang boleh memberi manfaat atau nasihat kepada masyarakat yang mendengar.

Haqiem simpan impian nak buka kolam ikan talapia.

"Seperti lagu terbaharu saya, Bangkit... liriknya banyak kata-kata positif untuk semua orang tidak kira pelajar atau sesiapa sahaja yang sedang berasa down.

"Tujuan saya nak buat lagu bukan sekadar untuk karier nyanyian tapi sebagai salah satu langkah berdakwah dan memberi nasihat. Selain itu saya nak nampakkan muzik saya lebih matang hari demi hari," katanya kepada mStar. 

Hingga kini lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan pada 17 Februari lalu.

Daripada saya kecil simpan impian nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. 

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lembah Kesepian ini berkata dia juga menyimpan impian untuk membuka bisnes dalam penternakan ikan dan berharap akan menjadi kenyataan.

"Daripada saya kecil simpan impian nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. Sebabnya, saya memang minat memancing dan boleh dikatakan kaki pancing.

"Memang berharap sangat dapat peluang buka bisnes penternakan ikan pula satu hari nanti. Saya minat memancing pun sebab keluarga pun suka," ujarnya.

Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain