Ardell Aryana kongsi kini kandungan cecah empat bulan - “Semoga kita sihat untuk hantar bantuan ke Syria”

Ardell tidak menyedari kandungannya kini sudah mencecah empat bulan.

PELAKON Ardell Aryana meluahkan rasa syukur kandungannya berada dalam keadaan selamat walaupun menyedari kehamilannya selepas empat bulan.

Ardell atau nama sebenarnya Hidayah Mohd Amin, 29, berharap bayinya kuat dan sihat untuk menyertai misi kemanusiaan ke Syria pada 8 Januari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muntah teruk ingat penyakit lama awak datang balik” - Nadzmi Adhwa umum Ardell kini hamil

"Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok (Rabu) genap empat bulan usia ini dalam perut umi.

Ardell kongsi rakaman memperlihatkan imbasan bayinya.

"Maafkan umi tak sedar kehadiran awak. Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang saja, masyaAllah.

"Insya-Allah, semoga kita sama-sama kuat dan sihat untuk sampaikan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara Syria kita di sana yang hebat dugaan dan ujiannya.

"Insya-Allah bantuan awak semua sampai kepada mereka," tulis Ardell menerusi laman Instagramnya.

Isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini turut memuat naik rakaman yang memperlihatkan imbasan bayi dalam kandungannya di Instagram.

Maafkan umi tak sedar kehadiran awak. Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang saja, masyaAllah.

ARDELL ARYANA

PELAKON

Ardell dan Nadzmi akan mengikuti misi kemanusiaan ke Syria pada 8 Januari depan di bawah Yayasan Dana Kebajikan.

Menerusi laporan mStar 20 Disember lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira bahawa isterinya sedang hamil.

Menurut Nadzmi, pada mulanya dia menyangkakan Ardell mengalami muntah yang teruk dan tidak mempunyai selera makan disebabkan penyakit lamanya datang semula.

Ardell dan Nadzmi teruja bakal timang cahaya mata pertama.

Dalam pada itu, Ardell turut bertanya kepada pengikut di laman sosial mengenai pengalaman mereka mengalami alahan ketika hamil.

"Saya nak tanya awak ada pengalaman alahan sewaktu hamil? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit?" katanya.

Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16