Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun - “Majlis kebumi ahli keluarga pun kami berpaling” - Hiburan | mStar

Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun - “Majlis kebumi ahli keluarga pun kami berpaling”

Noorshila Amin akhirnya bermaafan dengan abang kandungnya.

PENYANYI Noorshila Amin mendedahkan hubungan dingin antara dia dengan abang kandungnya akhirnya pulih selepas 20 tahun bermasam muka.

Noorshila, 55, berkata, apa yang berlaku menjadi pengajaran berharga buat dirinya agar lebih menghargai hubungan adik-beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan salahkan saya... kita orang industri sudah tahu permainan ini” - Ini komen Ifa Raziah selepas dituduh punca Noorshila tersingkir!

ARTIKEL BERKAITAN: Wann akhirnya tersingkir, Noorshila pula terkandas kerana duet bersama Ifa Raziah tak harmoni... 6 peserta ke final GV6

“Saya sudah maklum bahawa video pendedahan mengenai isu keluarga keluarga akan ditayangkan sebelum saya membuat persembahan tadi, namun saya cuba untuk tidak mendengar apa-apa bagi mengelakkan persembahan terganggu.

Hubungan Noorshila Amin dan abang kandung kembali terjalin Aidilfitri lalu.

"Saya sebenarnya dah beri pengajaran supaya kita lebih menghargai hubungan sesama adik-beradik. 

"Bayangkan saya dan abang sudah bersengketa kira-kira 20 tahun, ketika berselisih semasa majlis pengebumian ahli keluarga pun kami saling berpaling. Namun semuanya berakhir pada Aidilfitri baru-baru ini apabila kami saling bermaafan dan melupakan sengketa yang berlaku,” kata Norshila kepada mstar.

Noorshila menjelaskan perkara itu selepas sebuah video mengenai situasi krisis keluarganya ditayangkan sebelum membuat persembahan di pentas separuh akhir program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada malam Ahad.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kad Ucapanmu ini mengakui sikap dan ego yang tinggi menjadi punca hubungan dengan abang kandung menjadi renggang.

“Dulu saya rasa amat hebat, kaya dan mempunyai segala-galanya. Sampaikan saya pernah berfikir mempunyai kehidupan yang sempurna sehingga tidak memerlukan saudara kandung sendiri, namun akhirnya saya sedar jauh dalam sudut hati saya amat merindui mereka.

“Bayangkan persengketaan selama 20 tahun boleh berakhir dalam sekelip mata apabila kami saling berpelukan, bagaimanapun saya tidak mahu mendedahkan punca semua ini berlaku. Biarlah ia sekadar menjadi pengajaran kepada kita semua,” katanya.

noorshila amin , gv6

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini