Apex Tajudin bersedia kehidupan peribadi jadi perhatian - “Sejak masuk Mentor Milenia 2019 saya tak sorok status” - Hiburan | mStar

Apex Tajudin bersedia kehidupan peribadi jadi perhatian - “Sejak masuk Mentor Milenia 2019 saya tak sorok status”

Isteri Apex memahami kerjaya sebagai seorang penyanyi.

JUARA Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin memberitahu isterinya, Noralia Syamira sudah memberikan lampu hijau dan mengizinkan dia untuk terus bergiat aktif sebagai penyanyi.

Apex atau nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin, 23, berkata dia dan isteri sudah bersedia jika kehidupan peribadi mereka turut menjadi perhatian peminat.

"Alhamdulillah... isteri saya okay dan kami dah berbincang mengenai perkara ini sebelum saya menyertai Mentor lagi. Dia pun faham mengenai kerjaya yang bakal saya sertai ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya punya budak bang... nak tag team ke?” - ‘Bukan kaleng-kaleng’ Faizal Tahir puji melambung peserta Mentor Milenia 2019

"Apa yang boleh saya kata, kejayaan yang saya capai hari ini adalah atas sokongan dan doa isteri serta keluarga.

Apex tak sorok isteri dan anak.

"Sekarang ini isteri dan anak tinggal di Terengganu dan ikut perancangan selepas ini saya akan bawa mereka pindah di Kuala Lumpur nanti," katanya kepada mStar.

Meskipun sudah berumah tangga, Apex bersyukur kerana memiliki kelompok peminat yang memandang pada bakatnya dan bukan soal status.

"Sejak awal penyertaan Mentor, saya tak sorok status sebagai suami orang dan semua orang tahu saya sudah berkahwin serta memiliki seorang anak lelaki berusia enam bulan.

"Jadi peminat dapat terima tentang perkara itu dan mereka tidak memandang ia sebagai satu isu, lagi pun benda ini bukannya sesuatu perkara yang perlu disorok atau ditakutkan.

Apex menjadi juara Mentor Milenia 2019.

"Peminat sekarang sudah bijak, mereka melihat kepada bakat dan bukannya soal peribadi semata-mata sebelum menyokong seseorang penyanyi," ujarnya.

Ditanya adakah dia bimbang jika bakatnya dipandang sepi setelah berakhirnya program tersebut, Apex berkata dia percaya kepada ketentuan rezeki.

"Saya percaya pada rezeki. Insya-Allah kalau sudah tertulis ini peluang dan ruang untuk saya, rezeki itu akan ada.

"Buat masa ini kita dah ada perancangan untuk hasilkan single baharu bersama Faizal Tahir, selepas itu akan terus untuk rangka promosi.

Apex akan menyanyikan single baharu ciptaan Faizal Tahir.

"Saya akan cuba usahakan yang terbaik, selebihnya hanya reda dan berserah kepada Allah SWT," katanya.

Pada pentas akhir Mentor Milenia 2019, protege kepada penyanyi Hazama ini diangkat menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Dia menerima hadiah motosikal jenama Benelli dan peluang merakamkan single bersama Faizal Tahir.

Peserta dari Terengganu itu menawan hati juri dengan lagu Merisik Khabar yang dipersembahkan secara solo. Apex juga berduet dengan Hazama mendendangkan medley lagu Fantasia Bulan Madu serta Langit dan Bumi.

Apex Tajudin , Mentor Milenia 2019

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain