“Suami rasa bersalah, seolah-olah rampas minat saya lepas kahwin” - Nurfatima dapat 'lampu hijau' untuk kembali aktif - Hiburan | mStar

“Suami rasa bersalah, seolah-olah rampas minat saya lepas kahwin” - Nurfatima dapat 'lampu hijau' untuk kembali aktif

Suami Nurfatima, Jeffry tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

PENYANYI Nurfatima memberitahu suaminya iaitu Mohammad Jeffry Wain Wright tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Nurfatima atau nama sebenarnya Nur Fatimah Abd. Wahab, 36, berkata kebenaran diberikan mungkin disebabkan suaminya berasa serba salah kerana 'merampas' minatnya dalam bidang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nafas tercungap, banyak flat” - Nurfatima bernasib baik tiada penyingkiran minggu ke-5

"Alhamdulillah, suami okey saja jika saya nak kembali aktif dalam bidang nyanyian malah dia sentiasa memberi sokongan.

"Suami tak ada pun letakkan syarat apa-apa untuk saya menyanyi semula. Mungkin dia ada sedikit rasa serba salah.

Suami sentiasa menyokong Nurfatima.

"Dia rasa macam mengambil benda itu (minat) daripada saya selepas kami berkahwin sedangkan ia adalah pilihan saya juga," kata Nurfatima kepada mStar.

Nurfatima ditemui selepas selesai konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada minggu kesembilan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Nurfatima menetap di Australia semenjak 2009 ketika menyambung pengajian dan terus tinggal di sana selepas mendirikan rumah tangga pada 2013.

Lebih sedekad bermastautin di negara tersebut, penyanyi lagu Selembut Sutera ini kembali ke tanah air demi menyahut cabaran menyertai GV6.

Nurfatima mungkin akan berulang-alik Malaysia ke Australia.

Dalam pada itu, Nurfatima memberitahu perancangan untuk menetap semula di Malaysia bergantung kepada rezekinya di sini.

"Perancangan untuk kembali ke sini itu bergantung pada rezeki, kalau ada orang bagi show, saya menetap la sini untuk sementara waktu.

"Mungkin akan berulang-alik Malaysia ke Australia. Apa-apa pun, saya kena tanya suami sebab dia yang bekerja.

"Jika kami nak berpindah pun akan ambil masa, semuanya bergantung pada rezeki. Kalau ada orang nak, I love to stay here," ujarnya. 

Nurfatima , GV6

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain