“Suami mana tak sakit hati, seolah-olah kita tak buat kerja” - Akim sedih Stacy jadi mangsa cemuhan netizen - Hiburan | mStar

“Suami mana tak sakit hati, seolah-olah kita tak buat kerja” - Akim sedih Stacy jadi mangsa cemuhan netizen

Akim mengakui berasa sakit hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadap isterinya, Stacy.

PENYANYI Akim Ahmad mengaku berasa sakit hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadap isterinya, Stacy gara-gara berpenampilan seksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 28, berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dalam mendidik isterinya terutama dalam mendalami agama Islam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Stacy kecewa dilabel wanita akhir zaman - “Kadang-kadang rasa nak berhenti, tapi belum ada rezeki dalam hal sebegini”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan Stacy, Mata Akim Tertutup Pada Wanita Lain

"Mula-mula saya agak sakit hati bila isteri kita kena macam tu... suami mana tak sakit hati. Seolah-olah kita ni tak buat kerja kita pula. Saya tahu saya seorang muslim dan ketika saya 'ambil' Stacy tu, saya dah tahu apa yang saya perlu lakukan.

"Saya bersyukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza dengan diri dia sekarang. Pakaian dia sekarang pun sangat jauh berbeza. Itu adalah perkembangan positif. 

Pemakaian Stacy mengundang kecaman netizen.

"Sebagai suami, saya berbangga dengan perubahan yang Stacy sudah lakukan. Mereka yang baru kenal dia selepas masuk Islam, mungkin mereka akan cakap begitu (wanita akhir zaman)," ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Akim berkata, dia turut terkilan dengan sikap netizen yang melabelkan isterinya itu dengan komen-komen jahat.

Menurut penyanyi lagu Potret ini, mereka yang tinggi ilmu agama seharusnya lebih mengetahui mengenai adab sebelum melontarkan kata-kata terhadap seseorang.

"Yang paling penting sekali bila nak menegur itu ada caranya... menegur tak boleh dilakukan di hadapan khalayak sebab itu bukan cara nabi kita, jauh sekali.

Saya dah tengok dulu baju itu cuma tak terfikir sampai ke tahap itu. Baju itu okay sahaja, semua tertutup. 

AKIM

Penyanyi

"Kalau nak tegur, sebaik DM (direct message) dan saya tak pernah nampak pun kalau ada yang hantar DM dekat saya. Itu yang buat saya terkilan.

"Mereka tahu agama tapi tak tahu adab dan tatasusila agama itu sendiri. Mereka lebih kepada nak memalukan sahaja.. tapi saya doakan semoga tuhan ampunkan dosa mereka," ujarnya.

Tambah Akim lagi, dia cukup kagum dengan sikap Stacy yang sentiasa cuba menjaga aibnya sebagai suami dan perubahan positif yang dilakukannya berbanding sebelum ini.

Akim menjelaskan Stacy banyak melakukan perubahan selepas memeluk agama Islam.

"Saya dah tengok dulu baju itu cuma tak terfikir sampai ke tahap itu. Baju itu okay sahaja, semua tertutup. Memang tiada apa yang perlu diperbesarkan.

"Saya percayakan Stacy kerana apa sahaja yang nak dipakainya dia akan sentiasa cuba menjaga aib saya.

"Saya amat memuji apa yang dia selalu fikirkan. Dia sendiri pun tak mahu saya terpalit sama," katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH32, Stacy tampil dengan persembahan yang bertenaga menerusi lagu terbaharunya, Khayal.

Bagaimanapun, penampilannya pada malam itu menerima kritikan netizen gara-gara mengenakan pakaian berwarna kulit yang dianggap tidak bersesuaian.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang seorang cahaya mata perempuan, Eshaal, 2. Pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella, 7.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam Johor Bahru, Johor pada 24 Ogos 2015.

Akim , Stacy

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.