suria

Tak kemana pun populariti, Farah Nabilah mahu bantu masyarakat

Farah Nabila.

PELAKON Farah Nabilah mahu menggunakan popularitinya dengan memberi semula kepada masyarakat melalui cara membantu seperti pendidikan untuk kanak-kanak  buta huruf.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia lebih puas apabila dapat membantu orang yang kurang berkemampuan.

"Bagi saya, rugi kalau saya tak gunakan platform sebagai selebriti hanya keluar TV untuk popular sahaja. Saya nak gunakan peluang ini sebab tak ramai yang dapat.

"Gunakan populariti untuk membantu kanak-kanak dan ramai lagi yang kita boleh bantu. Sebab saya rasa puas apabila dapat membantu dan menolong mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah dah pandai ‘tunjuk belang’... ini jawapannya!

"Alang-alang orang kenal saya sekarang, jadi saya gunakan dengan memberi semula kepada masyarakat. Buat apa saya nak kejar populariti sahaja, tak ke mana pun," katanya kepada mStar Online.


Farah ditemui ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertubuhan kemanusia Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF) di International Youth Centre, Kuala Lumpur pada Selasa.

ADRF merupakan pertubuhan kemanusian bukan keuntungan yang memberi tumpuan kepada masyarakat kurang berkemampuan bagi meningkatkan daya maju mereka melalui pendidikan.

Menerusi pertubuhan tersebut, Farah akan menyertai program-program kanak-kanak Harapan=Ilmu (HIP) seperti kelas membaca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu JOMBACA di pusat-pusat komuniti flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mahu memberi tumpuan kepada pertubuhan tersebut dan hanya mengambil beberapa tawaran berlakon yang tidak memerlukan penggambaran jangka masa yang lama.

"Untuk tahun ini saya nak fokus komitmen pada program-program ADRF. Sebab tu, saya hanya ambil tawaran berlakon yang tak banyak episod.

"Saya terpaksa memilih drama yang tidak mengambil masa penggambaran yang lama. Selain itu, saya juga masih fokus pada perniagaan produk kecantikan Fawaa Beauty yang dilancarkan hujung tahun lalu," ujarnya.

Farah Nabilah

Artikel Lain