suria

Anak melecur terkena air panas, Iesya Toh akui cuai

Anak Iesya Toh melecur terkena susu panas.

PENGACARA RTM iaitu Iesya Toh berasa menyesal dan bersalah apabila kecuaiannya mengakibatkan anak sulungnya iaitu Harraz Daiyan yang berusia dua tahun melecur pada bahagian badan.

Iesya berkata, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, anaknya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Damansara bagi mendapatkan rawatan.

“Saya akui cuai ketika membuat susu panas dan tinggalkan sebenar di atas kabinet dapur sementara ingin membasuh tangan.

“Sekelip mata anak saya datang dan capai susu yang belum ditutup itu membuatkan air panas tumpah di badannya.

“Pada mulanya saya fikir ia tidak serius tapi dia mula menangis dan bila saya bukak baju dia kulitnya sudah terkopek,” ujarnya kepada mStar Online.

Iesya berkata kini masih belum mendapat laporan penuh daripada pihak hospital berkaitan keadaan anaknya itu.

Iesya bersama anak dan suaminya.

Dia berharap perkara tersebut tidak memberi kesan buruk kepada anaknya.

“Doktor setakat ini hanya beritahu dia melecur second degree burn  dan akan ganti kulit yang baru. Tiada kesan pada kulit dia jika besar.

“Petang ini (Selasa) akan dapat laporan penuh tentang keadaan dia,” ujarnya.

Tambah Iesya, sebagai ibu dia berasa trauma dan sering menangis melihat anak yang berada dalam kesakitan.

Dia bersyukur ahli keluarga banyak memberi sokongan kepadanya dan menganggap ia sebagai takdir yang sudah tertulis.

“Saya trauma tak boleh tengok botol susu dan anak saya dalam keadaan sakit. Saya sentiasa menyalahkan diri saya kerana perkara itu.

“Saya minta maaf kepada dia walaupun dia kecil dan tak faham pun lagi. Ibu dan ibu mertua banyak bagi sokongan dan minta saya tidak terlalu menyalahkan diri sendiri kerana semua yang berlaku ada hikmah,” ujarnya.

Iesya berkahwin dengan ahli perniagaan Huzairee Muhamad pada 29 Mei 2015 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata. 

Iesya Toh

Artikel Lain