“Mama sanggup tak ada apa-apa janji anak-anak ada semuanya” - Elfira Loy - Hiburan | mStar

“Mama sanggup tak ada apa-apa janji anak-anak ada semuanya” - Elfira Loy

Elfira bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang kuat, berani dan penyayang.

PELAKON Elfira Loy meluahkan rasa syukur dianugerahkan seorang ibu yang kuat, berani dan penyayang serta sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Elfira, 24, berkata dia selalu mendoakan ibunya, Filzah Yusoff dipanjangkan usia supaya wanita itu sentiasa berada bersama untuk mendoakan kebahagian dan kejayaannya.

"Saya mahu awak tahu yang kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat, berani dan penyayang pada anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy sembunyi pertunangan atas permintaan keluarga


Luahan Elfira sempena ulang tahun kelahiran ibunya.

"Mama sanggup tak ada apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya. Orang lain mungkin tidak tahu apa yang awak telah lalui tapi Allah tahu. Saya sudah boleh lihat tempat awak di Jannah mama, Amin.

"Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada di sisi kakak untuk mendoakan kebahagian dan kejayaan kakak," kata Elfira.

Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memuat naik luahan tersebut sempena ulang tahun kelahiran ibunya pada Sabtu lalu menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, Elfira mengucapkan terima kasih kepada ibu yang sentiasa mendoakan dia dan adik-beradiknya biarpun mereka berperangai nakal.

Elfira bersama ibu dan dua orang adik beradiknya.

"Saya tahu, semua rezeki yang saya dapat ini disebabkan awak. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami walaupun kami semua sangat nakal.

"Kami akan mencuba untuk menjadi lebih baik dan baik. Muah. Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu.

"Macam mana awak layan kaum ibu lain mencerminkan macam mana kita layan ibu sendiri. Jadi, buatlah baik. Selamat hari lahir MAMACAT," ujarnya.

Elfira Loy

Artikel Lain