Kaka Azraff sudah bertunang? - Hiburan | mStar

Kaka Azraff sudah bertunang?

Kekasih Kaka seolah-olah memberi gambaran mereka bakal berkahwin tidak lama lagi. Foto Instagram: @helloadamazriff.

VIDEO memperlihatkan seorang wanita menyarungkan cincin di jari penyanyi Kaka Azraff yang dimuat naik di laman Instastory kekasihnya, Adam Azriff meninggalkan tanda tanya.

Menerusi salah satu foto yang dikongsi itu, Adam ada menyertakan status seakan memberi gambaran mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

"Ucapkan hello kepada bakal menjadi bekas kekasih saya. @kakaazraff," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff 'Sibuk'... tidak tertekan


Foto yang dimuat naik kekasih Kaka di laman sosialnya.

Video dan foto tersebut juga diletakkan dalam album 'Best days' di ruangan highlight di laman sosial jejaka itu.

Melihat pada waktu di laman Instastory tersebut, majlis itu diadakan lebih kurang seminggu yang lalu.

Namun, tidak mendapat kepastian sama ada pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan atau hanya sekadar majlis merisik.

Ibu saudara kepada Kaka iaitu penyanyi Ella turut berkongsi foto mereka sekeluarga dan kelihatan penyanyi lagu Sibuk ini memakai baju yang sama di dalam video tersebut.

Foto yang dimuat naik Ella yang memperlihatkan Kaka memakai baju yang sama dalam video tersebut.

Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk menghubungi Kaka untuk mendapat kenyataan mengenai video dan foto tersebut tidak berjaya.

Menerusi laporan mStar Online pada 19 Julai lalu, Kaka memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan status dirinya yang masih solo walaupun usianya sudah menjengah 29 tahun.

Menurut Kaka, kesibukan dengan karier seninya membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk berfikir soal pasangan hidup buat masa ini.

Kaka Azraff

Lebih Artikel