"Jangan menilai keadaan orang sakit jika tak pernah melaluinya" - Ika Nabella - Hiburan | mStar

"Jangan menilai keadaan orang sakit jika tak pernah melaluinya" - Ika Nabella

Ika dimasukkan ke hospital pada Rabu namun tidak dinyatakan punca utama. Foto Instagram: @ikanabella.

PELAKON Ika Nabella meminta mana-mana pihak agar tidak menilai keadaan seseorang yang sedang berhadapan dengan kesakitan jika tidak pernah melaluinya.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, berkata dia akan lebih menghormati seseorang yang jujur dan tidak berpura-pura.

"Tolong cuba untuk jangan menghakimi bagaimana seseorang itu berhadapan dengan kesakitan yang anda tidak pernah alami.

ARTIKEL BERKAITAN: "Di belakang saya, itu antara dia dengan Allah" - Ika Nabella, suami tak kongsi 'password'


Status yang dimuat naik Ika di laman sosialnya.

"Sekiranya awak tidak kisah langsung, jangan berpura-pura. Cuma, jujur sahaja dengan saya. Saya akan lebih menghormati awak," katanya.

Ika memuat naik status tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Khamis dan difahamkan dia kini berada di hospital akibat masalah kesihatan.

Dalam pada itu, aktres ini turut memuat naik foto dia terlantar sakit dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatanya pada Rabu.

Menurutnya, dia dalam keadaan baik dan meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali bekerja seperti sedia kala.

Ika Nabella.

"Kepada sesiapa yang bertanya, doakan Ika cepat sembuh dan sebagainya... Alhamdulillah terima kasih untuk ingatan anda.

"Saya baik... Saya haraplah. Tolong doakan untuk kesembuhan saya sayang semua. Tak sabar nak mulakan kerja seperti biasa," tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial dan rakan artis turut mendoakan agar pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan cepat sembuh.

Bagaimanapun, Ika tidak menjelaskan penyebab utama dia dimasukkan ke hospital.

Ika Nabella

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu