“Memanglah rindu…” - Sharifah Rose dedah kisah di sebalik "I miss you" pada Ismail Izzani - Hiburan | mStar

“Memanglah rindu…” - Sharifah Rose dedah kisah di sebalik "I miss you" pada Ismail Izzani

Sharifah Rose memberitahu hubungannya dengan Ismail Izzani hanya kawan.

SELEBRITI media sosial Sharifah Rose menyangkal dakwaan hubungan cintanya dengan Ismail Izzani kembali bertaut selepas dia meninggalkan komen di Instagram seolah-olah merindui penyanyi sensasi itu baru-baru ini.

Sharifah atau mesra dengan panggilan Rose, menjelaskan ungkapan itu tidak membawa sebarang maksud tertentu, malah hubungannya dengan Ismail sudah lama berakhir kerana tiada persefahaman.

"Saya single... Hubungan dengan Ismail itu cerita lama dan kami pun sebenarnya sudah berbaik tetapi hanya sebagai kawan sahaja.

Rose memberitahu dia masih solo.

"Komen "I miss you" di Instagram itu tiada apa-apa... Memanglah ada rindu bila teringat kembali memori ketika bercinta tapi kami sedar hubungan itu tiada keserasian.

"Sekarang pun sudah lama juga kami tidak berhubung," katanya gadis manis berusia 20 tahun itu kepada mStar Online.

Rose ditemui pada majlis Anugerah Nona Superwoman anjuran majalah Nona baru-baru ini.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Rose memberitahu dia teruja apabila ditawarkan membintangi sekual drama popular Nur 2.


Rose sedang membuat persiapan untuk bergelar pelakon.

Kata Rose, sebagai persiapan, dia sedang mengikuti kelas lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)  kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan pihak produksi.

"Alhamdulillah ada beberapa tawaran lakonan namun pihak produksi meminta saya masuk kelas lakonan terlebih dahulu sebagai persediaan dan itu yang sedang saya lakukan sekarang.

"Mereka ada tawarkan sama ada drama Nur 2 atau sebuah drama bersempena Ramadan akan datang, Insya-Allah kalau ada rezeki pasti saya akan lakukan dengan sebaiknya," ujarnya.

Sharifah Rose , Ismail Izzani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kaka Azraff sudah bertunang?

Lebih Artikel