Nubhan terasa hati dituduh tidak bekerja segalanya ditanggung isteri - Hiburan | mStar

Nubhan terasa hati dituduh tidak bekerja segalanya ditanggung isteri

Nubhan bersama isteri tersayang yang kini hamil anak kedua.

PENYANYI Nubhan memberitahu komen-komen negatif netizen yang menuduh dia tidak bekerja dan kehidupan ditanggung isteri adalah keterlaluan. 

Nubhan berkata, perkara tersebut menggores perasaannya yang selama ini tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Komen-komen pedas itu saya nampak sejak kebelakangan ini apabila saya memuat naik foto atau video berkaitan isteri.

“Mereka tidak nampak saya di televisyen atau mengadakan persembahan dan menjangka saya tidak ada sumber pendapatan dan ditanggung isteri,” ujarnya kepada mStar Online.

Nubhan sebelum ini memuat naik status teguran terhadap beberapa individu yang mempersoalkan kerja dan sumber pendapatannya.

Dalam pada itu, Nubhan berkata, tuduhan tersebut mungkin disebabkan dia jarang kelihatan di televisyen sebagai penyanyi dan kurang aktif memuat naik foto peribadi seharian di media sosial.

Nubhan dan isteri bersama anak sulung mereka, Aafiya Kamilia.

“Mereka mungkin ingat saya hanya menyanyi sahaja dan bila tiada di TV mereka sangka saya tidak ada duit.

“Mereka tidak tahu saya ada menjalankan perniagaan kosmetik dan sibuk setiap hari sehingga tiada masa untuk muat naik gambar selfie dan melakukan kerja seharian,” ujarnya.

Tambah Nubhan, kehidupan sebagai seorang usahawan membataskan untuk dia aktif seperti dahulu sebagai anak seni.

Bagaimanapun, Nubhan berkata, dia baharu sahaja melancarkan single terbaharu iaitu Selamat Jalan Cinta bagi mengubati rindu kepada dunia nyanyian.

“Walaupun bidang nyanyian bukan lagi keutamaan seperti dahulu namun saya hormat pekerjaan ini.

“Saya sentiasa anggap ia sebagai satu pelerjaan yanh serius dan bukan sekadar suka-suka atau sampingan,” ujarnya.

Nubhan bernilkah dengan doktor gigi iaitu Afifah Hidayah Taufek pada 29 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Aafiya Kamilia berumur setahun.

Nubhan

Artikel Sebelum

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain