suria

Andi Bernadee sangkal single terbaharu cedok melodi ‘Despacito’

Ande Bernadee kini muncul dengan single terbaharu. FOTO: ART CHEN

PETALING JAYA: Penyanyi Andi Bernadee menyangkal dakwaan single terbaharunya, Satu Peluang cuba meniru konsep lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi yang menjadi fenomena sebelum ini.

Kata Andi, dia merasakan adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan itu hanya kerana melodi lagunya mengangkat elemen muzik Latin.

“Jujurnya sejak awal lagi saya memang mahu bunyi latin dalam lagu saya dan sekiranya saya dikatakan meniru Despacito ia adalah tidak benar.

“Cuma rentaknya sama tetapi ia sebenarnya dua buah lagu yang jauh berbeza,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Suhairi, Andi Bernadee tiada istimewa, sekadar berbalas mesej


Andi mahu terus mengetengahkan muzik latin.

Andi ditemui pada majlis pelancaran Satu Peluang bersama muzik videonya yang diadakan pada Selasa.

Dalam pada itu, Andi berkata, dia akan meneruskan genre muzik latin pada masa akan datang kerana ia sesuai dengan dirinya.

Malah kata Andi, dia juga terkejut dengan penerimaan peminat dan pendengar terhadap lagu tersebut.

“Sebelum ini saya dah cuba bermacam-macam genre termasuk stail muzik 1990-an tetapi ia tidak sampai ke jiwa saya.

“Alhamdulillah dengan Satu Peluang saya temui diri saya dan saya akan teruskan muzik seperti ini pada masa hadapan,” jelasnya.

Karier seni Andi semakin berkembang sejak menyertai program Big Stage.

Bercerita lanjut mengenai lagu tersebut, Andi berkata, Satu Peluang ciptaan Alif sebenarnya dihasilkan untuk pertandingan Big Stage sekiranya dia berjaya melangkah ke peringkat akhir.

“Ingatkan selepas tersingkir saya tak dapat lancarkan lagu itu tetapi syarikat rakaman, Warner Music beritahu saya boleh teruskan.

“Alhamdulillah rezeki saya, walaupun hayat tak panjang di Big Stage tetapi rupa-rupanya ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Andi berkata, selain sibuk dengan undangan nyanyian dia juga bakal membintangi sebuah filem tidak lama lagi.

“Pada tahap sekarang saya sedi cuba apa juga perkara berkaitan seni kerana mana tahu ia mungkin sesuai untuk saya selain menyanyi.

“Insya-Allah saya akan berlakon dalam sebuah filem tetapi ia bukanlah watak besar cuma penampilan khas sahaja tetapi tidak mengapa kerana saya ingin ambil peluang itu sebagai pembelajaran,” ujarnya.

Ande Bernadee

Artikel Lain