Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki - Hiburan | mStar

Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

Sabarlah Zulin... Allah lebih tahu rahsianya tidak menemukan kamu dengan pemuda itu.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz meneruskan rancangan mengadakan sesi 'perkahwinan' biarpun tanpa seorang lelaki selepas hubungannya dengan kekasih berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik bagi diabadikan sebagai kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.

"Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah.

"Aku bahagia pakai baju kahwin tanpa menjadi isteri kepada lelaki yang salah. Lagi bersyukur duduk atas pelamin seorang daripada duduk di situ sebagai isteri kepada lelaki yang salah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati hancur hanya Allah yang tahu... Zulin Aziz tak jadi kahwin 


Zulin syukur tidak menjadi isteri kepada lelaki yang salah.


Pada 7 Oktober lalu, Zulin mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

Tambahnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Sementara itu, Zulin berkata, dia tidak membenarkan ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran muzik video tersebut bagi mengelakkan mereka sedih.

"Kakak (ganti namanya) tahu mama nak sangat tengok kakak kahwin. Kakak sudah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada. Nasib tak berapa baik kakak jumpa orang yang salah lagi.

"Hari ini ada lelaki menjadi punca mama nangis sedih. Tapi satu hari nanti akan ada lelaki jadi punca mama nangis gembira sebab dia boleh jaga kakak baik-baik," ujarnya.

Tambah Zulin, lagu dan video muzik istimewa itu hanya akan dilancarkan di Youtube sahaja sebagai kenangan. 

Zulin Aziz

Artikel Berkaitan

Artikel Lain