Hanez Suraya nak kembali berlakon tapi tak dapat watak sesuai - Hiburan | mStar

Hanez Suraya nak kembali berlakon tapi tak dapat watak sesuai

Hanez terpaksa menolak tawaran watak yang tidak sesuai dengan dirinya.

PELAKON Hanez Suraya mengakui ada perasaan rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Hanez, 33, berkata dia pernah ditawarkan untuk berlakon semula namun terpaksa menolak kerana watak tidak sesuai.

"Rindu la nak berlakon. Saya pernah dapat tawaran tapi tak terima sebab macam tak sesuai watak itu.

"Watak yang saya dapat itu memerlukan saya berlakon dalam babak bermesra-mesraan yang melampau. Kalau produksi yang pernah saya kerja, senang nak berbincang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanez Suraya alami penyakit ‘risau’ bimbang suami tak faham


Hanez rindu nak berlakon semula.

"Tapi produksi yang tawarkan itu, saya tak pernah bekerjasama. Tak akan la saya nak minta lebih-lebih," kata Hanez kepada mStar Online.

Kali terakhir Hanez berlakon menerusi drama Love You Mr Arrogant yang ditayangkan pada 2013.

Sementara itu, Hanez banyak belajar daripada kontroversi terdahulu dan kini dia lebih selesa menjalani kehidupan yang lebih positif.

Sekiranya Hanez ingin kembali dalam industri, dia akan memikirkan tentang keluarganya terlebih dahulu.

Hanez selesa jalani kehidupannya kini.

"Saya suka dan lebih selesa macam ini. Kontroversi yang dahulu banyak membantu saya menjadi seorang yang pandai bawa diri.

"Kehidupan saya kini ke arah positif dan orang mula terima saya dengan cara yang baik. Bila bawa diri yang baru ini, orang suka.

"Kalau nak kembali dalam industri, saya tak boleh buat sesuatu hanya untuk diri sendiri tapi kena fikir keluarga dan anak," ujarnya.

Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha , 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia tiga tahun.

Hanez Suraya

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain