suria

‘Dekatkan Jarak Kita’ Drama Pilihan DFKL 2018

Drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures Sdn Bhd memenangi trofi Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) pada malam Ahad. Foto HAFIZ IDZLA/The Star

PUTRAJAYA: Drama berjudul Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures Sdn Bhd diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Dua pelakon utama drama itu, Syafiq Kyle dan Ayda Jebat turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Pilihan menewaskan 11 calon lain.

Sementara itu, Heykal Hanifah muncul pemenang trofi Pengarah Pilihan menerusi drama Titian Cinta.

Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menang Pasangan Pilihan.

Drama itu juga memenangi tiga lagi trofi menerusi kategori Penulisan Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Pilihan (Sumpah Cintaku nyanyian Asfan).

Manakala pelakon Zul Ariffin menepati ramalan membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi drama sama.

Janna Nick pula mendapat trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Janna Nick dan Zul Ariffin pemenang trofi Aktor dan Aktres Pilihan.

Syukri Yahaya pula menerima trofi Antagonis Pilihan hasil lakonan cemerlangnya dalam drama berjudul Andainya Takdir.

Semua pemenangan menerima sebuah trofi sumbangan TV3.

Pembukaan DFKL 2018 diserikan dengan persembahan daripada Ayda Jebat, Budak Joget dan Altimet.

Asfan menang Lagu Pilihan. 

Antara penyanyi yang turut mengadakan persembahan adalah Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Siti Sarah dan Shuib.

Manakala persembahan penutup diserikan dengan penampilan Syamel dan Azlan Typewriter.

DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda dan ia disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam.

DFKL 2018

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak