“Kerana itu saya sayangkan awak” - Diana Danielle - Hiburan | mStar

“Kerana itu saya sayangkan awak” - Diana Danielle

Farid bersama anak-anaknya, Nur Aurora dan Muhammad. Foto Instagram @dianadanielle

BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun ke-37 Datuk Farid Kamil pada 5 Mei lalu, isterinya, Datin Diana Danielle memuat naik status menyentuh perasaan tentang pelakon dan pengarah itu di Instagram.

Diana, 28, dalam statusnya itu menyifatkan Farid sebagai seorang bapa dan suami yang terbaik buat dirinya dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

"Selamat hari jadi kepada bapa terbaik yang diinginkan oleh mana-mana anak!

"Saya hargai betapa kasihnya awak terhadap anak-anak kita dan bagaimana awak selalu menjaga mereka - kalau anak jatuh dia lari dulu. Refleks pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut.

Diana menyifatkan Farid sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi anak-anak mereka.

"Dia dulu yang panik dan dia dulu yang cepat bertindak," tulisnya.

Pasangan itu berkahwin pada 3 November 2012.

Dalam pada itu, Diana berkata, Farid sebenarnya seorang yang sangat mengasihi anak-anak mereka malah dia mudah tersentuh apabila dia memarahi anak-anaknya sekiranya ada di antara mereka melakukan kesalahan.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012.

Malah kata Diana, sekiranya Farid memarahi Muhammad atau Nur Aurora dia pasti akan rasa bersalah walaupun anak-anaknya tahu mengapa suaminya berbuat demikian.

"Ini adalah rasa kasih yang mampu menyeberangi lautan api dan kerana itu saya sayangkan awak.

"Awak adalah seorang bapa dan suami yang hebat dan sentiasa menyokong apa yang saya dan anak-anak lakukan.

"Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Semoga kejayaan dan ketenangan hati sentiasa berada di sisi awak," katanya.

Diana Danielle , Farid Kamil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain