Malang Si Iqram! Duit Lesap, Rumah Dipecah Masuk, Kereta Pula Langgar Tembok - Hiburan | mStar

Malang Si Iqram! Duit Lesap, Rumah Dipecah Masuk, Kereta Pula Langgar Tembok

Iqram Dinzly ditimpa malang.

PETALING JAYA: Nasib malang menimpa pelakon kontroversi Iqram Dinzly apabila dia mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 apabila kediamannya di Damansara di sini dimasuki pencuri.

Iqram berkata, menerusi kejadian pada Rabu lalu itu dia kehilangan jam tangan dan beberapa barangan berharga serta komputer riba milik arwah bapanya.

"Alkisah cerita kelmarin mangga dikopak dan jam bernilai RM10,000, telefon bimbit Iphone 6 serta laptop arwah bapa telah dirompak.

"Walau apa pun, tak perlu memberontak, hanya syukuri ujian dan dugaan Allah," ujarnya.

Iqram sabar dengan dugaan menimpanya.

Iqram berkongsi musibah menimpanya itu di Instagram baru miliknya.

Tidak lama selepas status berkenaan, Iqram memuat naik satu lagi kejadian buruk apabila kereta jenis Honda CRV miliknya rosak selepas terlanggar tembok.

Katanya, perkara itu berlaku kerana dia memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.

"Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentak di tembok dan isteriku (kereta) cedera terluka sebegini.

"Satu persatu ujian yang diberi dan semakin ku sedari. Sekiranya jadi maka jadilah ia, usah dipertikaikan lagi kerana semua ini suratan takdir," ujarnya.

Iqram Dinzly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa