suria

Aliff Aziz Pukul Isteri Dalam Pantang

Aliff Aziz dan isterinya, Bella.

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz, didakwa mencederakan isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Dayang Nabellah atau Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan. 

Dalam satu laporan polis yang dibuat Bella di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat, wanita yang masih dalam pantang itu dikatakan bertindak memarahi suaminya sebelum sempat merakam beberapa keping gambar suami dalam pusat karaoke itu. 

mStar Default Image

Aliff dan Bella semasa majlis pertunangan mereka.

Bagaimanapun, Aliff dikatakan mula bertindak kasar dan merampas telefon tersebut sebelum memadam kesemua bukti gambar yang telah dirakamnya.  

Akibat pergelutan tersebut, Bella mendakwa dia mengalami luka di muka dan lutut setelah ditolak menggunakan tangan dan siku oleh suami. 

Aliff kemudiannya dikatakan bertindak keluar dari bilik tersebut bersama-sama wanita berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penyanyi Aliff Aziz kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Dalam pada itu mStar Online difahamkan, wanita yang dimaksudkan bersama Aliff itu ialah seorang artis baharu. 

Mereka dikatakan baru selesai menjalani penggambaran drama sebelum singgah di pusat hiburan tersebut.

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu.

Aliff Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelawak Ebby Yus Lemah

Artikel Lain