suria

Aktres Siti Saleha Akhirnya Jadi Milik Ahmad Lutfi

Tahniah! hanya dengan sekali lafaz Siti Saleha selemat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar. Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, aktres Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar pada majlis pernikahan yang diadakan di TPC Bukit Kiara di sini, Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Saleha iaitu Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor pada pukul 3.40 petang.

Saleha, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31, namun  jumlah hantaran dirahsiakan.

Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam itu, turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.

Siti Saleha ceria di samping suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Tampil serba putih, penyatuan pasangan itu turut disaksikan oleh 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat.

Saleha ketika ditemui memberitahu bersyukur selamat disatukan sebagai isteri kepada Lutfi dan berharap perkahwinan itu akan kekal ke akhir hayat.

"Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan, diharap semua dapat medoakan kebahagian kami," katanya.

Lutfi yang juga seorang pegawai kerajaan mengikat tali pertunangan dengan Saleha pada 26 November lalu selepas melamar aktres itu di Cancun, Mexico.

Siti Saleha

Artikel Berikut

Artikel Lain