suria

Tiada Masalah Nak Gosipkan - Ruhainies

Ruhainies tak kisah digosipkan bercinta dengan pelakon lelaki yang bergandingannya dalam drama. Foto Instagram @ruhainies7

"SAYA tak ada masalah untuk digosipkan bercinta dengan pelakon lelaki dalam drama," kata Ruhainies yang pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang pelakon.

Ruhainies, 25, berkata kebanyakkan drama yang mahu menaikkan rating memerlukan gosip cinta antara hero dan heroin.

Namun, bukan pasangan pelakon tersebut yang sengaja menimbulkan gosip tetapi ia datang daripada pemintaan peminat sendiri.

"Bagi saya, selalunya nak naikkan rating drama memang kena ada gosip cinta. Tapi bukan pelakon yang sengaja reka cerita.

"Kadang-kadang bila peminat nampak kemesraan dan keserasiaan pelakon gandingan itu dalam drama, mereka mahu melihat pasangan itu bercinta dan berkahwin.

Tahun ini Ruhainese beraya di Penang selama tiga hari.

"Selalunya benda ini datang daripada pemintaan peminat yang terkesan dengan lakonan seseorang dan berharap menjadi realiti," kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama Menantu Ting Tong.

Tambahnya, perkara ini sudah menjadi ikutan dan tarikan untuk penonton melihat drama lakonan seterusnya.

Bercerita mengenai sambutan hari raya pula, tahun ini Ruhainies dapat beraya di kampungnya yang terletak di Pulau Pinang selama tiga hari saja.

Ruhainies

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain