suria

"Sukar Saya Terima Cinta Azrel" - Ruhainies

Ruhainies mahu memberi fokus dalam bidang lakonan sebelum berfikir mengenai kehidupan peribadinya. -foto LOW BOON TAT / The Star

KUALA LUMPUR: Ketika gosip hubungan cinta pelakon Ruhainies dan Azrel Ismail semakin hangat diperkatakan, aktres berkenaan akhirnya tampil menjelaskan kedudukan sebenar hubungan mereka.

Menurut Ruhainies, 25, sukar baginya untuk menerima Azrel sebagai pasangan hidup memandangkan aktor tersebut hanya berada dalam 'friend zone' atau kelompok teman rapat.

"Sejujurnya kalau saya bercinta (dengan Azrel) saya akan beritahu... tapi sebenarnya tidak.

"Dia dalam friend zone saya sebab dah anggap kawan. Dia juga sudah tahu (perasaan saya). Saya dah cakap pada dia," katanya kepada mStar Online.

Azrel dan Ruhainies ketika hadir di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 pada 9 April lalu. -foto Instagram @azrelismail

Ruhainies atau nama penuhnya Ruhainies Ferehah Zainul Ilyas ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd dengan Spektra Selasih Sdn Bhd.

Produk Cantik Dara yang diasaskan Nurrul Sayang Rahmat akan menaja promosi filem Jibam terbitan Spektra Selasih yang dijangka menemui penonton sekitar September depan.

Ruhainies diundang sebagai penampilan khas bagi produk Cantik Dara.

Selain itu tambah Ruhainies, Azrel yang dikenalinya sejak 2015 apabila digandingkan menerusi drama Si Montel layak untuk mencintai wanita yang lebih baik daripadanya.

"Azrel mempunyai perilaku yang baik, dia juga seorang yang gentleman.

"Dia sangat baik, jadi dia layak dapat wanita yang lebih baik," katanya yang mula dikenali menerusi drama Hello Mr Perfect.

Dari kiri Nurrul Sayang, Ruhainies dan Exco Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid selaku tetamu jemputan.

Bercerita lanjut mengenai gosip berkenaan, Ruhainies mengakui risau kemungkinan ia akan menjejaskan reputasinya sebagai pelakon yang sedang meningkat naik.

"Saya risau gosip sekarang, entah nanti saya kahwin dengan orang lain macam mana?

"Tapi sejujurnya saya tak sedia lagi untuk berkahwin sebab nak fokus kepada kerjaya.  Bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri... baru sangat," katanya.

Ruhainies

Artikel Lain