'Saya & Neelofa Tidak Pernah Bergaduh' - Fattah Amin

Fattah Amin bergambar dengan Neelofa ketika muncul dalam program Meletop yang dihoskan oleh aktres berkenaan baru-baru ini. Foto Instagram @fattahamin

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin menjelaskan tidak timbul isu dia bergaduh dengan aktres Neelofa selepas dia  dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran baru-baru ini.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 26, sebaliknya berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah malah menyifatkan wanita itu sebagai kawan baiknya.

"Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.

"Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Fattah antara selebriti terlibat menerusi program Busking Aid On Train. Foto Ihsan Instagram @lofattah_lovers

Fattah ditemui pada majlis amal Busking Aid On Train anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan di KL Sentral di sini, Sabtu.

Ditanya lanjut tentang hubungan dan kontroversi melanda mereka, Fattah bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persembahannya menerusi lagu Wanita Terakhir pada program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa baru-baru ini, Fattah berkata, dia menyampaikan lagu itu sepenuh perasaan dan ia ikhlas dari hatinya.

"Sudah tentu saya berasa gembira kerana saya berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung dan lagu itupun saya sampaikan ikhlas daripada hati saya.

"Bahkan, sajak yang saya buat itu pun sebenarnya saya sampaikan ikhlas daripada hati saya. Akhirnya, saya dapat meluahkan segala-galanya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah menjelaskan penglibatannya pada program amal Busking Aid On Train anjuran UUM adalah untuk membantu dalam mengutip dana untuk beberapa rumah kebajikan.

Malah pada acara itu, Fattah turut menyampaikan beberapa buah lagu untuk peminat yang turut hadir pada acara berkenaan.

"Projek amal ini sebenarnya adalah salah satu modul untuk melengkapkan pengajian saya dalam jurusan Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di UUM.

"Selain itu ia turut bertujuan untuk mengutip derma untuk diserahkan kepada beberapa buah rumah kebajikan," katanya.

Selain Fattah, acara itu turut disertai oleh barisan artis seperti Tomok, Pekin Ibrahim, Aril Pilus, Zahid, Akma Abdullah, Ammar Drama Band dan Maulana AF.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain