HBO Siar Pengumuman Calon Oskar Ke-89 Secara Langsung

Malam kemuncak Anugerah Oskar ke-89 bakal dihoskan oleh Jimmy Kimmel.

PETALING JAYA: Kehangatan Anugerah Akademi atau Oskar kali yang ke-89 mula dirasai apabila saluran HBO bakal menyiarkan pengumuman senarai pencalonan akhir acara berprestij itu secara langsung pada 24 Januari ini.

HBO dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Sabtu memberitahu pencalonan menerusi 24 kategori dipertandingkan akan diumumkan pada acara berkenaan.

Bekas pemenang trofi Oskar termasuk Jennifer Hudson, Brie Larson, Emmanuel Lubezki, Jason Reitman dan Ken Watanabe akan menyertai Presiden Akademi, Cheryl Boone Isaacs pada majlis pengumuman itu.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran HBO (Astro saluran 411 dan 431) pada pukul 9.18 malam.

Penonton juga boleh mengikuti siaran langsung itu menerusi Astro On The Go pada waktu sama.

Malam kemuncak Anugerah Oskar ke-89 bakal berlangsung pada 27 Februari depan yang diadakan di Dolby Theatre, Hollywood.

HBO bakal menyiarkan acara berkenaan secara langsung bermula dengan acara karpet merah pada pukul 8 pagi diikuti majlis penganugerahan pada 9.30 pagi.

Bagi yang terlepas siaran secara langsung itu, HBO akan mengulang siar acara itu pada 7 dan 8 malam pada hari sama.

Acara itu bakal dihoskan oleh Jimmy Kimmel.

Sementara itu, bagi memberi penghormatan kepada pemenang terdahulu, HBO bakal menyiarkan beberapa filem yang pernah memenangi trofi Oskar di HBO seperti Argo (26 Januari), Inglourious Basterds (1 Februari), Shrek, American Sniper dan Mad Max: Fury Road (26 Februari).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain