Salma (Mentor) Tidak Anggap Masalah Sertai '3 Juara' - Hiburan | mStar

Salma (Mentor) Tidak Anggap Masalah Sertai '3 Juara'

Salma melihat 3 Juara adalah platform sesuai untuk memperkenalkan kembali namanya dalam bidang seni. Foto RICKY LAI
PETALING JAYA: Peserta kategori balada program 3 Juara iaitu Salma tidak melihat penglibatannya menerusi pertandingan itu sebagai satu masalah walaupun sebelum ini pernah bergelar juara Mentor musim kelima.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 26, berkata, dia juga mempunyai misi untuk memperkenalkan kembali namanya di persada seni selepas dilihat tidak lagi aktif sebagai penyanyi.

"Saya ingin buat kemunculan semula dalam bidang seni kerana ramai peminat menyangka saya sudah tidak lagi aktif walaupun hakikatnya saya masih menyanyi.

"3 Juara saya lihat platform yang sesuai untuk kembali ke persada seni tambahan pula program itu terbuka kepada semua termasuk yang sudah pun bergelar artis.

"Diharap selepas ini peminat akan sedar kemunculan semula saya menerusi program tersebut," katanya kepada mStar Online.

3 Juara bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 16 Oktober ini di TV3.

Program itu turut memperlihatkan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa bertindak sebagai juri tetap bagi mengadili peserta kategori balada manakala Ajai sebagai penerbit.

Salma mendapat sokongan suaminya untuk menyertai 3 Juara.

Dua lagi penyanyi yang terpilih sebagai juri adalah Awie (kategori rock) dan Noraniza Idris (irama Malaysia).

Manakala Edrie Hashim (kateogri rock) dan Pak Ngah (kategori irama Malaysia) bertindak sebagai penerbit.

Tambah Salma, dia sebenarnya dipelawa oleh pihak produksi untuk menyertai program berkenaan namun memberitahu masih perlu menjalani sesi uji bakat sebelum diterima sebagai 24 peserta akhir.

Dalam pada itu, Salma berkata, dia bertambah bersemangat apabila suaminya, Azri Abdullah yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 9 (AF9) menyokong tindakannya itu.

Malah kata Salma, Azri banyak memberi kata-kata dorongan dan mahu melihat karier seninya kembali berkembang selepas menyertai 3 Juara.

"Suami penyokong utama saya kerana dia mahu orang nampak bakat saya kerana sebelum ini saya diliha tidak lagi aktif.

"Dia adalah semangat terbesar saya dan tanpa sokongannya mungkin saya tidak berada di sini hari ini," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, penerbit eksekutif 3 Juara, Muhamad Suffian berkata, program berkenaan terbuka dalam pemilihan peserta tanpa meletakkan sebarang syarat tertentu dalam pemilihan peserta.

"3 Juara bukan seperti program lain yang mementingkan proses pembelajaran kerana kami terbuka dalam pemilihan peserta termasuk penyanyi profesional," katanya.
Salma , 3 Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain