Diserbu DBKL, Kedai Kelentit Rindu Ahya Rosli Tukar Nama - Hiburan | mStar

Diserbu DBKL, Kedai Kelentit Rindu Ahya Rosli Tukar Nama

Ahya Rosli tukar nama kedai shiha miliknya selepas kontroversi.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai sisha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu digunakannya.

Ahya, 29, berkata, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya bersama ibunya Normah Damanhuri.

Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah.

Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.

"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti.

"Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," ujarnya.

Ahya Rosli , Normah Damanhuri

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Wow! Penuh Glamor Stail Artis Di FFM28

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?