Anak Saida Jadi Perhatian Kerana Miliki Wajah Cantik - Hiburan | mStar

Anak Saida Jadi Perhatian Kerana Miliki Wajah Cantik

Saida. Foto GLENN GUAN
PETALING JAYA: Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 19, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 40, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

"Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

"Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

"Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir," katanya kepada mStar Online.

Saida (kiri) bersama anak sulungnya, Nurunnysa.

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Mengenai perkembangan lain, Saida bakal muncul dengan single lagu baharu berjudul Setia, dengan menampilkan penyanyi Maya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari.

Katanya, memilih Maya sebagai rakan duet juga adalah pilihan yang tepat kerana kedua-dua mereka kerap menyanyi bersama dan mempunyai keserasian antara satu sama lain.

"Sudah lama saya tidak muncul dengan lagu baharu dan tahun ini saya mahu lebih aktif dalam nyanyian dengan menampilkan lagu Setia, ciptaan Adi (6ixth Sense).

"Saya dan Maya pula adalah teman baik dan kami kerap berduet bersama apabila menjayakan beberapa buah acara.

"Keserasian pun dah ada jadi apa salahnya kita cuba berduet bersama. Sekiranya lagu tersebut mendapat sambutan, saya akan tampil dengan lagu solo pula," ujarnya.

Saida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain