Sharifah Shahira Disisihkan Gara-Gara Bergelar Deejay Radio - Hiburan | mStar

Sharifah Shahira Disisihkan Gara-Gara Bergelar Deejay Radio

Shira
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Shira mendedahkan kerjaya seninya tersekat kerana disisihkan  gara-gara dia bekejra sebagai deejay di Ultra FM.

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, berkata, tawaran menjadi hos di saluran televisyen juga gagal diterimanya kerana tugas itu.

"Saya pun tidak faham kenapa kebanyakkan stesen tv yang ingin mengambil saya sebagai  hos membatalkan tawaran yang diberikan hanya kerana saya bekerja dengan Ultra FM?

"Banyak tawaran diberikan kepada saya tetapi bila tahu saya bekerja dengan radio Ultra mereka berubah fikiran sedangkan pengurusan stesen radio itu tidak menghalang saya untuk mengembangkan kerjaya saya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Shira berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamatan kontraknya dengan stesen radio itu yang berkuatkuasa 2 Jun depan selepas berkhdimat selama dua tahun.

Shira bersiaran setiap hari mengendalikan segmen Ultra Petang selama lima jam bermula pukul 3 petang.

Ultra FM boleh dikuti menerusi frekuensi 101.3 FM sekitar Lembah Klang.

Shira (kiri) ketika menemubual Aweera di studio Ultra FM. Foto dari Instagram Ultranism.

Dalam pada itu, Shira berkata, dia terkilan dengan tindakan beberapa stesen televisyen yang melakukan diskriminasi tersebut kerana ia sedikit sebanyak menggangu kerjayanya sebagai pengacara.

"Saya sebenarnya terkilan kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi saya dipinggirkan seolah-olah  melakukan kesalahan besar.

"Ia sedikit sebanyak  mengganggu kerjaya saya sebagai pengacara kerana saya cuma ingin bekerja dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga," katanya.

Tambah Shira, akibat hal itu ramai peminat bertanya kenapa dia sudah tidak lagi muncul di mana-mana saluran televisyen.

Dia juga berharap agak pihak stesen televisyen tidak meminggirkannya lagi kerana dia kini sudah tidak mempunyai kontrak bersama saluran radio itu.

Dalam pada itu Pengurus Besar Ultra FM, Hawa Abdul Hamid berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi Shira sepanjang bertugas di stesen radio berkenaan.

Katanya, Shira mendapat banyak tawaran menjadi hos tetapi kerjayanya itu tersekat kerana tugasnya sebagai dejay di stesen berkenaan yang memerlukan dia memberi komitmen sepenuh masa.

“Kami anggap Shira sebagai aset Ultra FM tetapi kami tak boleh halang dia kerana tawaran yang datang di luar sana cukup banyak dan dia perlu memilih satu diantara dua pilihan itu,” jelas Hawa.
Shira , Sharifah Shahira

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain