suria

Dan (Loka) Enggan Berduet Dengan Bapa Sendiri

Dan mahu berjaya di atas usaha sendiri dan bukannya menumpang populariti bapanya. Foto SHAARI CHE MAT.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Loka iaitu Dan Azreen tidak merancang untuk melakukan kolaborasi dengan bapanya yang juga penyanyi popular iaitu Andy (Flop Poppy) dalam masa terdekat.

Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 23, berkata, dia tidak mahu penampilannya sebagai penyanyi dibayangi oleh populariti bapanya selain ingin mengecap kejayaan atas usahanya sendiri.

"Ramai yang bertanya tentang itu tetapi jawapan saya tidak buat masa ini kerana saya bersama kumpulan Loka mempunyai agenda tersendiri dalam memperkenalkan muzik kami kepada pendengar.

Dan bersama kumpulan Loka bakal muncul dengan single terbaharu.
 
"Biarlah saya berjaya atas usaha diri sendiri dan bukannya kerana saya seorang anak penyanyi terkenal," katanya kepada mStar Online.

Dan ditemui pada majlis Program Amal - Suria Rock Bersama Bob Ringgo di Maju Junction Mall di sini pada malam Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Dan berkata, bapanya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya dia ingin berkolaborasi dengannya namun dia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak sendiri tanpa Andy.

"Ayah okey sahaja kalau hendak buat lagu duet tetapi saya yang tidak mahu kerana ingin mencuba mencipta nama dan memperjuangkan muzik yang saya minati.

Andy Flop Poppy.

"Tetapi Insya-Allah suatu hari nanti pasti kami akan bergabung dalam sebuah lagu kerana itu juga antara hasrat saya," jelasnya.

Sementara itu, Dan berkata, Loka sedang dalam proses menyiapkan single kedua mereka yang dijangka akan dilancarkan pada Mac atau April depan.

Dan Azreen, Loka, Andy, Flop Poppy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain