Hasrat Melaram Di ASK 2014 Musnah, Zalif Sidek Disamun 'Peminat' - Hiburan | mStar

Hasrat Melaram Di ASK 2014 Musnah, Zalif Sidek Disamun 'Peminat'

Zalif Sidek
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Zalif Sidek untuk melaram pada majlis Anugerah Skrin 2014, Jumaat (esok) musnah apabila dia disamun individu yang menyamar sebagai peminat.

Zalif, 29, berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia mengeluarkan wang di sebuah mesin teler automatik (ATM) di pusat beli belah The Curve, malam Rabu.

"Semalam (Rabu) selepas keluarkan duit untuk beli pakaian sempena ASK 2014 esok. Saya perasaan ada orang mengekori saya dari belakang dan ketika masuk ke sebuah butik individu itu menyapa saya dan meminta untuk mengambil gambar bersama.

"Saya sangkakan dia adalah peminat dan ketika di kaunter pembayaran barulah saya sedar yang beg duit saya sudah disamun," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Zalif berkata, dia kerugian wang tunai lebih RM1000 bersama kad pengenalan dan beberapa kad bank.

Bagaimanapun, dia sudah meminta untuk membuat pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) milik butik berkenaan namun masih belum mendapat sebarang keputusan.

"Selepas kejadian itu, beberapa pekerja di butik itu memberitahu nampak pemuda tersebut mengekori saya. Saya ada minta untuk melihat CCTV di butik itu tetapi ada peraturan yang melecehkan.

"Mereka tidak benarkan saya masuk untuk lihat, sebaliknya akan menghubungi dan beritahu saya jika kejadian tersebut berjaya dirakam oleh CCTV," ujarnya.

Sementara itu Zalif sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Mutiara Damansara di sini, kira-kira pukul 10 malam, Rabu.

Dalam pada itu, Zalif berkata, dia tetap menghadiri majlis anugerah tersebut dalam keadaan sederhana menggunakan baju koleksi yang ada dalam simpanan sahaja.

"Selalunya saya ada tajaan untuk majlis seperti ini, tetapi kerana sibuk dengan penggambaran drama saya tidak sempat untuk dapatkan tajaan dan memadai saya beli sahaja.

"Tidak sangka pula kena samun, nampaknya pakai sahajalah baju yang ada dalam almari," ujarnya.
Zalif Sidek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain