suria

Kajol Bakal Lancarkan Saluran Baharu Astro

Kajol
PETALING JAYA: Bintang filem Bollywood iaitu Kajol bakal berada di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini sempena pelancaran saluran baharu Astro yang dikenali  BollyOne HD.

Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin berkata, penghormatan itu diberikan buat Kajol bersesuaian dengan saluran berkenaan yang akan memaparkan filem-filem Bollywood.

Tambah kenyataan itu, saluran berkenaan yang akan diperkenalkan pada 1 September depan bakal mempamerkan filem-filem Hindi dalam kualiti HD.

Selain Kajol, pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani akan turut menyertai pelancaran berkenaan.
Kajol, BollyOne HD

Artikel Lain