Deejay Lin Terasa Hati Isu Peminat Suruh Bertudung - Hiburan | mStar

Deejay Lin Terasa Hati Isu Peminat Suruh Bertudung

Deejay Lin
Deejay Lin

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mengakui terasa hati dengan teguran sinis segelintir peminat yang menyuruhnya untuk berhijab.

Bagaimanapun, Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 38, berterima kasih dengan teguran yang sedikit sebanyak mengingatkannya untuk berbuat demikian.

"Kita tidak boleh nak kawal semua yang orang cakap terutamanya di laman sosial, banyak teguran-teguran pedas yang kadangkala menguris hati termasuklah menyuruh saya bertudung.

"Secara jujurnya memang sedikit sebanyak saya terasa bila ditimbulkan soalan bila nak bertudung pada usia sebegini, namun saya tetap akan jawab dengan cara yang baik dan tidak melukakan hati semua pihak," katanya kepada mStar Online.

Lin yang mengendalikan rancangan Suria Cinta selama empat jam bermula 10 malam dari hari Ahad hingga Jumaat mengakui, dalam rancangan itu dia perlu berinteraksi dan melayan soalan-soalan pendengar segmen tersebut.

Katanya, bukan sahaja soalan bertudung, malah pertanyaan tentang soalan berbentuk peribadi seperti status perkahwinan juga menjadi topik yang sering diajukan.

Lin berkata, tidak salah untuk bertanyakan soalan sebegitu, namun mereka perlu tahu caranya agar ia tidak mengundang rasa kurang senang orang lain.

Jelasnya lagi, sebagai wanita matang, dia yakin akan menunaikan kewajiban tersebut jika sampai waktunya kelak.

"Kita tidak boleh menilai seseorang melalui luaran sahaja, saya mungkin tidak bertudung namun tidak bermakna saya seorang wanita yang jahat.

"Apa yang penting kita perlu tahu apa yang kita lakukan dan tidak bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat," katanya.

Artikel Sebelum

David Teo Minta Wawa Zainal Tidak 'Lari'

Artikel Berikut

Fazura Dedah Tentang Kekasih & Yuna Di AS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain