suria

Jennifer Lopez Mahu Cincin Tunang RM820 Ribu

Jlo (kanan) dan Casper Smart
Jlo (kanan) dan Casper Smart

HUBUNGAN cinta antara Jennifer Lopez dan Casper Smart sudah lama terjalin dan pasangan itu ingin meneruskan perhubungan mereka ke sebuah ikatan yang lebih serius.

Menurut laporan portal Showbizspy, Jennifer atau lebih dikenali sebagai JLo bagaimanapun meletakkan syarat kepada kekasihnya, Casper sekiranya lelaki itu benar-benar ingin berkahwin dengannya

JLo mahu Casper membelikan cincin pertunangan bernilai RM820 ribu untuknya menggunakan wang Casper sendiri.

"Cincin itu mestilah dibuat daripada berlian besar lima karat dan sekiranya ia tidak dipenuhi JLo tidak akan mengahwini Casper.

"JLo sememangnya sudah merancang untuk berkahwin dengan Casper namun dia berasakan Casper harus membeli sebuah cincin pertunangan seperti yang diinginkan sebagai tanda lelaki itu benar-benar serius ingin berkahwin dengannya," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain