Portal Berita AS Senaraikan Yuna Antara 20 Artis Berpotensi - Hiburan | mStar

Portal Berita AS Senaraikan Yuna Antara 20 Artis Berpotensi

Yuna sedang mencipta nama di Amerika Syarikat.
Yuna sedang mencipta nama di Amerika Syarikat.

PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di Amerika Syarikat oleh laman The Huffington Post pada Selasa.

Yuna, 28, turut menjadi satu-satunya artis dari Asia yang dilihat berpotensi untuk mencipta nama dalam bersama 19 lagi artis lain.

The Huffington Post menyifatkan Yuna berjaya membuktikan bahawa dia adalah bukan sekadar penyanyi tempelan dan mampu menempatkan nama dalam industri muzik di Amerika.

"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama.

"Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," kata laman web itu tentang Yuna.

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah seperti Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Knytro, Sam Smith dan Wake Owl.

Dalam pada itu, Yuna dalam satu respons di laman Facebook miliknya berkata, dia sangat berbangga terpilih antara 20 artis dalam senarai tersebut.

Lagu nyanyian Yuna bersama Owl City berjudul Shine Your Way turut mendapat pencalonan awal anugerah Oscar kali ke-86 dan akan bersaing dengan 74 buah lagu lain.

Lagu tersebut adalah runut bunyi untuk filem animasi Hollywood berjudul The Croods.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa